Monday 1 August 2016

KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA?

KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA?

1.📈 Sikap dia berbeza. Org berjaya dia tak suka komplen. Tak macam org gagal semua nak komplen. "Apela parking takde" "apela xda makan" "apela pen dan kertas pun xda"  dan bayak lagi. Org gagal sibuk kira benda tak jadi. Mentaliti dia berbeza dgn org yg berjaya. Sikap berbeza. Kesabaran berbeza. Org berjaya tak suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja dia cari kerja.

2.📈 Mereka ni pantas. Pantas buat keputusan, Pantas buat tindakan. Dia nak, dia nak, tak fikir macamana nak jadi. Nak berniaga buat je dulu. Ada org fikir langit dan bumi. Tapi org berjaya buat je dulu. Dia tahu Allah s.w.t akan uruskan seterusnya.

3.📈 Mereka sanggup invest utk kejayaan mereka. Invest wang, tenaga dan masa.

4.📈 Mereka bina networking yg bagus. Maksud networking : anda adalah siapa kawan anda. Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan.

5.📈 Mereka dah buat keputusan dari awal yg merrka nak berjaya. Tak percaya? Pergi tanya mereka yg berjaya 😊.

6.📈 Mereka berkawan dgn org yg betul.

7.📈 Mereka tidak bertangguh. Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes mempengaruhi kepantasan bisnes dia. Bisnes berkenaan kepantasan.

8.📈 tidak menghiraukan kutukan dan tidak mengutuk rakan niaga yg lain. Ada sesetengah org berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk melayan apa org cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan kutukan org. Dan sibuk melempar kutukan.

9.📈 Fokus. Fokus pada 1 peluang pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan anda NENEK JUTAWAN. Fokus 1 masalah pada 1 masa. Dimana ada masalah, di situ ada peluang, disitu ada wang, disitu ada kekayaan.

10.📈 Mereka konsisten & persisten. Persisten, tak mudah putus asa. Dia nak, dia nak jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat usaha lagi.

Cuba lagi dan lagi dan lagi 💪💪💪

#remindformyself

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...