Friday 21 September 2012

TIPS : 10 Cara dan Bagaimana untuk berjimat cermat

Salam kekayaan dan kejayaan buat anda jutawan hebat di luar sana

Dalam merencana kewangan keluarga, siapa yang lebih berperanan sebagai ‘Menteri Kewangan’? Adakah suami atau isteri yang lebih bijak dalam mengendalikan pengurusan kewangan keluarga?

 

orang_miskin_dilarang_sakit

 

Tidak kira siapa pun yang memegang jawatan tanpa gaji ini, saya cuma ingin berkongsi serba sedikit ELMU untuk anda sebagai Raja atau Permaisuri dalam menguruskan empayar anda agar terus kukuh dengan kewangan yang stabil.

Tips ini amat digalakkan kepada suami isteri yang masih bekerja makan gaji. Bukan apa, kalau kita seorang usahawan, kita boleh menetapkan pendapatan yang kita inginkan. Jadi, kewangan kita tidaklah terlalu terhad sehingga terjadinya perbelanjaan melebihi pendapatan

 

Jom kita tengok apa TIPS yang boleh kita guna pakai untuk BERJIMAT CERMAT:

1) Kurangkan kekerapan makan di kedai. Masak di rumah.

2) Masak pula biarlah mengikut bilangan ahli keluarga yang ada, tidak terlalu sedikit atau banyak hingga terlebih-lebih pula.

3) Rancang menu/makanan yang ingin dimasak untuk tempoh seminggu/ 2 minggu bergantung kepada stok barangan dapur yang akan anda beli.

4) Rancang pembelian mengikut perancangan menu yang akan anda masak. Tentukan bila dan di mana hendak membeli, banyak mana barang-barang yang boleh dibeli dan anggarkan kemampuan kita berbelanja.

5) Tentukan keutamaan pembelian. Utamakan barang yang betul-betul PERLU daripada barang yang kurang perlu.

6) Sebelum membeli, pastikan dahulu barang apakah yang telah dimiliki dan dah ada di rumah dengan barang yang betul-betul perlu beli. Digalakkan juga anda mempunyai senarai barang/inventori untuk barangan keperluan dapur dan isi rumah. Ini memudahkan anda untuk semak berapa banyak stok yang masih ada dan berapa banyak stok baru yang perlu dibeli.

Sekarang kan dah canggih, boleh buat nota di telefon anda yang serba canggih, di iPad atau di laptop anda. Tak perlu yang gah sangat, senarai ringkas sudah cukup untuk anda dan pasangan dapat memantau perbelanjaan anda.

Bunyinya memang agak leceh, sebab anda perlu peruntukkan sedikit masa untuk buat semua ini. Tapi, jika anda mampu lakukan, anda pasti akan lebih tenang dalam menguruskan kewangan.

7) Bandingkan harga dan mutu barang yang hendak dibeli. Tidak salah untuk berbelanja kerana jenama, tidak salah juga berbelanja untuk kualiti walaupun jenama yang biasa-biasa. Contoh, barangan dapur sekarang ni, di hypermarket atau wholesale market, telah banyak produk yang dikeluarkan berjenama mereka seperti Tesco, Giant, Carrefour, Econsave dan sebagainya. Anda boleh dapatkan barangan dapur dengan kualiti yang baik pada harga yang lebih murah.

Terpulang kepada anda unuk menentukan mana yang anda inginkan untuk keluarga anda. Jika anda rajin untuk menilai, anda akan tahu pilihan mana yang lebih baik.

Untuk barangan basah pula sekarang ni, kita juga boleh membeli di pasar tani yang mana FAMA menganjurkan kempen Jimat Belanja Dapur. Jadi, anda boleh beli barangan basah yang segar dengan harga yang berpatutan.

PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!

8) Tawar menawar jika barang tersebut boleh ditawar harganya.

9) Pemilihan cara membayar. Tunai adalah lebih baik dan memudahkan anda untuk merekodkan keluar/masuk wang anda.

10) Wang anda dibahagikan dan dikategorikan mengikut sampul. Contohnya, “ Sampul Makanan” digunakan untuk berbelanja membeli makanan sahaja.

Kiranya, anda telah meletakkan bajet tertentu untuk perbelanjaan makanan anda.

 

Setakat ini dulu perkongsian buat kali ni…insyaAllah kita akan bertemu lagi.

8 comments:

  1. thanks for the tips! it is useful for me!

    ReplyDelete
  2. @Razfira: terima kasih sudi singgah ke blog diyana ni....alhamdulillah, gembira bila tahu elmu yg dikongsikan ni dpt memberi manfaat pd anda...harap dp disebarkan..supaya lbh ramai yg dpt manfaat...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...