Sunday 15 January 2012

Siapakah Pula Yang Tidak Wajib Mencarum Tetapi Boleh Memilih Untuk Mencarum?

Siapakah Pula Yang Tidak Wajib Mencarum Tetapi Boleh Memilih Untuk Mencarum?

Terdapat dua kategori individu yang tidak wajib mencarum tetapi boleh memilih untuk mencarum:

Warganegara Malaysia

  • Sekiranya anda orang gaji domestik yang bekerja di rumah kediaman dan digaji oleh orang perseorangan (tuan rumah berkenaan), anda boleh memilih mencarum dengan mengemukakan notis pilihan mencarum melalui Borang KWSP 1 (MAJ). Satu salinan Borang KWSP 1 (MAJ) hendaklah dikemukakan kepada KWSP dan satu salinan lagi kepada majikan.
  • Sekiranya anda bekerja sendiri dan ingin mencarum secara sukarela, anda hendaklah mendaftar sebagai ahli KWSP terlebih dahulu dengan mengisi Borang KWSP 3. Bayaran hendaklah dibuat melalui Borang KWSP 6A(1). Amaun bayaran minimum caruman adalah RM50 dan tiada had maksimum berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Bukan warganegara Malaysia

  • Sekiranya anda pekerja bukan warganegara Malaysia yang diambil bekerja dan berada di Malaysia secara sah, anda boleh mengemukakan notis pilihan mencarum melalui Borang KWSP 16B dan mendaftar sebagai ahli KWSP melalui Borang KWSP 3. Satu salinan Borang KWSP 16B hendaklah dikemukakan kepada KWSP dan satu salinan lagi kepada majikan.

[Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jadual Pertama (Seksyen 2) Akta KWSP 1991]

*Sumber: www.kwsp.gov.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...