Friday 2 November 2012

Kenapa Melabur/Menyimpan Wang dalam Unit Amanah a.k.a Unit Trust?

Assalamualaikum dan salam kekayaan dan kejayaan untuk anda pembaca jutawan.

 

Masih lagi dengan perkongsian info untuk anda semua.

Mesti ada di antara anda yang masih belum mengetahui apa itu unit amanah atau unit trust? Kenapa ramai orang melabur dan menyimpan duit mereka dalam unit trust.

 

Dah tu banyak pula unit trust ni, nak pilih yang mana satu kan? Di Malaysia kini, terdapat 40 syarikat yang menguruskan unit amanah. Nak tahu, TENGOK SINI.

 

unit trust

Dana saham amanah adalah medium pelaburan yang sesuai untuk semua peringkat. Tidak kira dari sekecil-kecil nilai pelaburan RM100, RM500, RM100,000 hinggalah RM1,000,000.

 

Medium pelaburan ini mampu memberikan pulangan yang tinggi antara 12-15% p.a.


Antara lain, dana saham amanah ini amat sesuai untuk mereka:

# Baru dalam bidang pelaburan

# Bersedia mendapatkan khidmat pengurus profesional untuk membuat pilihan pelaburan

# Mempunyai jumlah permulaan yang kecil untuk melabur (dengan pilihan untuk menambahkan pelaburan dari semasa ke semasa)

# Mencari kepelbagaian dalam pelaburan untuk meminimumkan risiko.

 

Thursday 1 November 2012

Senarai Syarikat Pengurusan Unit Amanah di Malaysia

Assalamualaikum dan salam kekayaan dan kejayaan buat semua pembaca.

 

Hari ini, Diyana ingin berkongsi sedikit maklumat supaya anda pengguna/pelabur/pelanggan di luar sana mendapat ilmu tambahan berkenaan dunia pelaburan di Malaysia.

Terdapat banyak saluran untuk anda menggandakan wang simpanan @ wang persaraan@ wang pendidikan anak anda. Salah satu yang menjadi pilihan ramai adalah pelaburan di dalam unit amanah/ saham amanah/ unit trust/ mutual fund.

 

Setiap dana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, akan diuruskan oleh syarikat pengurusan unit amanah. Terdapat 40 syarikat di Malaysia yang menguruskan unit amanah di Malaysia. Berikut Diyana kongsikan elmu agar pembaca semua mempunyai lebih banyak pilihan dan dapat menilai syarikat pengurusan mana yang akan dipilih.

Untuk mengetahui prestasi dana-dana yang diuruskan oleh setiap syarikat pengurusan unit amanah, anda bolehlah mendapatkan ‘Master Prospektus’ dari syarikat pilihan anda atau anda juga boleh melihat di dalam majalah Personal Money.

 

Berikut disenaraikan syarikat pengurusan unit amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (sehingga 30 September 2012)

List of Approved Unit Trust Management Company in Relation to Unit Trust Funds(As at 30 September 2012)

1) Affin Fund Management Berhad

2) Alliance Investment Management Berhad

3) AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd

4) Amanah Mutual Berhad

5) Amanah Saham Kedah Berhad

6) Amanah Saham Nasional Berhad

7) Amanah Saham Sarawak Berhad

8) AmInvestment Services Berhad

9) Apex Investment Services Berhad

10) Areca Capital Sdn Bhd

11) ASM Investment Services Berhad

12) BIMB Investment Management Berhad

13) CIMB-Principal Asset Management Bhd

14) CIMB Wealth Advisors Berhad

15) Eastspring Investments Berhad (formerly known as Prudential Fund Mgmt Bhd)

16) Hong Leong Asset Management Berhad (formerly known as HLG Unit Trust Berhad)

17) Hwang Investment Management Bhd (formerly known as HwangDBS Investment Mgmt)

18) ING Funds Berhad

19) Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd

20) KAF Fund Management Sdn Bhd

 

21) Kenanga Investors Berhad (formerly known as CMS Trust Management Bhd)

22) Kumpulan Sentiasa Cemerlang Sdn Bhd

23) Libra Invest Berhad (formerly known as Avenue Invest Berhad)

24) Maybank Asset Management Sdn Bhd (formely known as Mayban Investment Mgmt)

25) Manulife Unit Trusts Berhad

26) MAAKL Mutual Berhad

27) MIDF Amanah Asset Management Berhad

28) OSK-UOB Islamic Fund Management Bhd

29) OSK-UOB Investment Management Bhd (formerly known as OSK-UOB Unit Trust Mgmt)

30) Pacific Mutual Fund Berhad

31) Pelaburan Johor Berhad

32) Pengurusan KUMIPA Berhad

33) Permodalan BSN Berhad

34) Pheim Unit Trusts Berhad

35) Phillip Mutual Berhad

36) PTB Unit Trust Berhad

37) Public Mutual Berhad

38) RHB Investment Management Sdn Bhd (formerly known as RHB Unit Trust Mgmt Bhd)

39) Saham Sabah Berhad

40) TA Investment Management Berhad

 

Rujukan:  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/utmc.pdf)

 

Sekian, terima kasih.

Wednesday 31 October 2012

MISKIN SELEPAS BERSARA

 

Saya menumpai artikel yg bertajuk "Miskin Selepas Bersara" dari Mingguan Wanita bil:1290 dalam ruangan Mengurus Kewangan tulisan Sunthara Segar....

 

 

 

Tajuk artikel ni pun dah menarik minat saya untuk meneliti apa isi kandungannya,pasti ada maklumat yang bagus untuk dikongsikan dengan semua pembaca. Di sini saya  cuma 'highlight' isi-isi penting.

Antaranya:

1) 70% pesara mengahabiskan semua wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mereka dalam tempoh tiga tahun selepas pencen. Ramai pesara risau kerana kehilangan sumber pendapatan atau kurang 'pitih' selepas bersara. Purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah di antara 55-75 tahun.

2) Purata caruman KWSP ialah RM 114,000 seorang. Sekiranya seorang pesara terus hidup sihat 20 tahun selepas bersara, pendapatan yang akan diterimanya ialah RM475.00 sebulan (mengikut congakkan kasar). Ini tidak mengambil kiraan sekiranya pesara itu telah mengeluarkan lebih awal caruman KWSP utk tujuan perbelanjaan atau pembelian aset-aset yang merugikan.

3) Mereka yang mempunyai gaji dan elaun puluhan ribu juga tidak terlepas dari rasa bimbang. Manakan tidak, bila bersara tiba-tiba cuma mendapat separuh daripada gaji pokok. Pangkat dan martabat yang selama ini diagungkan dan dihormati hilang ditiup angin. Persahabatan juga boleh hilang selepas bersara. Kurangla sahabat sepergaulan datang bertandang untuk mengajak keluar makan.

4) Bagi pembaca yang lambat lagi sampai usia persaraan, jangan tunggu sampai mentari persaraan di ufuk timur. Ambil tindakan sekarang dengan tip-tip berikut:

 

  • Mulakan secepat mungkin pelan pesaraan kedua selain KWSP
  • Duduk bersama isteri untuk membincangkan pelan yang sesuai " Rahsia Mengurus Insurans Hayat" tentang strategi persaraan berisiko rendah menggunakan dua alat kewangan yang sudah terbukti keberkesanannya semenjak 80 tahun lepas secara global.
  • Cari jalan untuk menjana pendapatan tambahan lain supaya dapat. duit untuk dimasukkan ke tabung persaraan masing-masing.
  • Cuba menyelesaikan semua hutang sebelum bersara contohnya hutang kad kredit dan hutang jangka panjang seperti pinjaman rumah.
  • Manjaga kesihatan kerana tiada guna jika dana persaraan yang menggunung dihabiskan semata-mata untuk membeli ubat-ubatan bagi meulihkan atau menyenggara tubuh berpenyakit.

 

Ini sahaja antara isi-isi artikel yg saya rasa menarik untuk berkongsi dengan semua orang....Bidang tugas sebagai UNIT TRUST CONSULTANT sememangnya adalah memberi ilmu atau 'educate' orang ramai tentang perancangan kewangan mereka, terutamanya pelan persaraan anda....Hal ini kerana bila bersara kita sudah hilang punca pendapatan tetap....jadi kita mesti sediakan payung sebelum hujan....sekarang ni mugkin kita tak terasa sakitnya lagi bila tak punya simpanan yg banyak bila bersara nnt.

 

Hasil pertemuan dengan ramai client, banyak cerita dan juga pengalaman client yg berkongsi mengatakan bila mendapat duit KWSP samada pada usia 50 atau 55 tahun .....sekejap sahaja duit tu habis mereka gunakan....guna untuk belanja anak-anak kahwin, ubahsuai rumah dan macam-macam lagi la.

 

Bila duit sudah ada dalam tangan, bilik tidur yang sudah 20 tahun digunakan nampak tak cantik nak diubahsuai. Bajet asal mungkin nak ubahsuai dalam RM 20,000, tapi sebaliknya bertambah menjadi dua kali ganda iaitu RM 40,000. Duit yang dapat RM 100,000 sekarang tinggal RM 60,000. Sedangkan duit tu sebelum ni tersimpan 30 tahun dalam KWSP tanpa diusik.

 

Bila dah duit dalam tangan sendiri sekejap dan dalam sekelip mata duit tu digunakan. Jadi sebagai langkah pertama, andai anda sudah dekat atau sampai ke ufuk persaraan, simpanlah sekurang-kurangnya 30% dari jumlah yang anda terima dari KWSP. Yang lebih baik adalah simpan sebanyak 70% dari jumlah yang anda terima. Ini merupakan pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman bertemu dengan client.

Friday 21 September 2012

TIPS : 10 Cara dan Bagaimana untuk berjimat cermat

Salam kekayaan dan kejayaan buat anda jutawan hebat di luar sana

Dalam merencana kewangan keluarga, siapa yang lebih berperanan sebagai ‘Menteri Kewangan’? Adakah suami atau isteri yang lebih bijak dalam mengendalikan pengurusan kewangan keluarga?

 

orang_miskin_dilarang_sakit

 

Tidak kira siapa pun yang memegang jawatan tanpa gaji ini, saya cuma ingin berkongsi serba sedikit ELMU untuk anda sebagai Raja atau Permaisuri dalam menguruskan empayar anda agar terus kukuh dengan kewangan yang stabil.

Tips ini amat digalakkan kepada suami isteri yang masih bekerja makan gaji. Bukan apa, kalau kita seorang usahawan, kita boleh menetapkan pendapatan yang kita inginkan. Jadi, kewangan kita tidaklah terlalu terhad sehingga terjadinya perbelanjaan melebihi pendapatan

 

Jom kita tengok apa TIPS yang boleh kita guna pakai untuk BERJIMAT CERMAT:

1) Kurangkan kekerapan makan di kedai. Masak di rumah.

2) Masak pula biarlah mengikut bilangan ahli keluarga yang ada, tidak terlalu sedikit atau banyak hingga terlebih-lebih pula.

3) Rancang menu/makanan yang ingin dimasak untuk tempoh seminggu/ 2 minggu bergantung kepada stok barangan dapur yang akan anda beli.

4) Rancang pembelian mengikut perancangan menu yang akan anda masak. Tentukan bila dan di mana hendak membeli, banyak mana barang-barang yang boleh dibeli dan anggarkan kemampuan kita berbelanja.

5) Tentukan keutamaan pembelian. Utamakan barang yang betul-betul PERLU daripada barang yang kurang perlu.

6) Sebelum membeli, pastikan dahulu barang apakah yang telah dimiliki dan dah ada di rumah dengan barang yang betul-betul perlu beli. Digalakkan juga anda mempunyai senarai barang/inventori untuk barangan keperluan dapur dan isi rumah. Ini memudahkan anda untuk semak berapa banyak stok yang masih ada dan berapa banyak stok baru yang perlu dibeli.

Sekarang kan dah canggih, boleh buat nota di telefon anda yang serba canggih, di iPad atau di laptop anda. Tak perlu yang gah sangat, senarai ringkas sudah cukup untuk anda dan pasangan dapat memantau perbelanjaan anda.

Bunyinya memang agak leceh, sebab anda perlu peruntukkan sedikit masa untuk buat semua ini. Tapi, jika anda mampu lakukan, anda pasti akan lebih tenang dalam menguruskan kewangan.

7) Bandingkan harga dan mutu barang yang hendak dibeli. Tidak salah untuk berbelanja kerana jenama, tidak salah juga berbelanja untuk kualiti walaupun jenama yang biasa-biasa. Contoh, barangan dapur sekarang ni, di hypermarket atau wholesale market, telah banyak produk yang dikeluarkan berjenama mereka seperti Tesco, Giant, Carrefour, Econsave dan sebagainya. Anda boleh dapatkan barangan dapur dengan kualiti yang baik pada harga yang lebih murah.

Terpulang kepada anda unuk menentukan mana yang anda inginkan untuk keluarga anda. Jika anda rajin untuk menilai, anda akan tahu pilihan mana yang lebih baik.

Untuk barangan basah pula sekarang ni, kita juga boleh membeli di pasar tani yang mana FAMA menganjurkan kempen Jimat Belanja Dapur. Jadi, anda boleh beli barangan basah yang segar dengan harga yang berpatutan.

PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!

8) Tawar menawar jika barang tersebut boleh ditawar harganya.

9) Pemilihan cara membayar. Tunai adalah lebih baik dan memudahkan anda untuk merekodkan keluar/masuk wang anda.

10) Wang anda dibahagikan dan dikategorikan mengikut sampul. Contohnya, “ Sampul Makanan” digunakan untuk berbelanja membeli makanan sahaja.

Kiranya, anda telah meletakkan bajet tertentu untuk perbelanjaan makanan anda.

 

Setakat ini dulu perkongsian buat kali ni…insyaAllah kita akan bertemu lagi.

Sunday 15 January 2012

Sudahkah anda aktifkan i-Akaun?

Sudahkah anda aktifkan i-Akaun?

Pernah dengar tentang i-Akaun yg di tawarkan oleh KWSP? Okey… macam ni, skang nih KWSP ada menyediakan satu saluran akses yg dipanggil i-Akaun yg merupakan satu akaun peribadi utk ahli atau majikan bagi mendapatklan perkhidmatan yg disediakan oleh KWSP secara online. Kan lagi senang…buat kt rumah pun boleh.. Terima kasih KWSP… ^_^

So antara perkhidmatannya adalah:
a) Untuk ahli
- Dapat menyemak dan mencetak penyata akaun bagi tahun terkini atau sebelumnya
- Dapat menyemak status dan sejarah pengeluaran
- Menyemak status aktiviti transaksi dgn KWSP
- Mengemaskini alamat dan butiran peribadi
- Serta dpt menetahui anggaran jumlah yg layak dikeluarkan bagi pelbagai pengeluaran

b) Untuk majikan
- Menyemak aktiviti transaksi denagn KWSP
- Dapat mengakses Borang A: arkib caruman dikreditkan
- Menyemak nombor KWSP pekerja
- Menyemak Caruman Tanpa Maklumat Lengkap (CTML)
- Ada kalkulator syer dividen bagi majikan kerajaan
- Dan utk mendaftar pekerja baru

Okey, kt bwh ni disertakan syarat asas utk guna i-Akaun

  • i-Akaun dan myEPF boleh diakses di mana-mana sahaja asalkan mempunyai akses Internet.
*Sumber: KWSP (http://www.kwsp.gov.my/)

Perkhidmatan online ini akan ditambah dari masa ke semasa. Ahli-ahli perlu mendaftar dan mengaktifkan akaun online mereka supaya mereka dapat menggunakan perkhidmatan i-Akaun.
Kemudian, bolehlah anda mendaftar i-Akaun ni…mcm kt bwh ni…

Pendaftaran i-Akaun

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar i-Akaun Ahli dan Majikan.

Nota: Sekiranya anda telah mendaftar i-Akaun, tetapi belum mengaktifkan i-Akaun anda, klik pada Login Kali Pertama. Sekiranya anda adalah pengguna sedia ada, klik pada Login Ke i-Akaun.

Ahli
1. Lawati mana-mana Kios KWSP atau Pejabat KWSP untuk mencipta Kod Pengaktifan anda.
2. Klik pada Login Kali Pertama di laman web KWSP dalam tempoh 90 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan yang telah anda cipta.

Majikan
1. Daftar i-Akaun untuk Majikan di laman web KWSP.
2. Anda akan menerima emel atau surat notifikasi untuk mengambil Kod Pengaktifan di Pejabat KWSP yang dipilih sewaktu pendaftaran.
3. Kunjungi Pejabat KWSP yang dipilih dan bawa bersama emel atau surat notifikasi tersebut serta dokumen yang dinyatakan di dalam notifikasi untuk tujuan pengesahan.
4. Klik pada Login Kali Pertama di laman web KWSP dalam tempoh 90 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan yang telah diambil dari Pejabat KWSP.


*Sumber: KWSP (http://www.kwsp.gov.my/)

Kios KWSP di Lokasi Lain
» AmBank Berhad
» RHB Bank Berhad
» RHB Easy
» RHB Islamic
» Institut Jantung Negara
» CIMB Bank Berhad
» CitiBank Berhad
» Public Bank Berhad
» Permodalan Nasional Berhad
» HSBC Bank Berhad
» UOB Berhad
» Malayan Banking Berhad
» Aeon Credit
» HSBC Amanah
» Courts Mammoth
*Sumber: KWSP (http://www.kwsp.gov.my/)


MANUAL MENDAFTAR i-AKAUN






*Sumber: KWSP (http://www.kwsp.gov.my/)

Siapakah Pula Yang Tidak Wajib Mencarum Tetapi Boleh Memilih Untuk Mencarum?

Siapakah Pula Yang Tidak Wajib Mencarum Tetapi Boleh Memilih Untuk Mencarum?

Terdapat dua kategori individu yang tidak wajib mencarum tetapi boleh memilih untuk mencarum:

Warganegara Malaysia

  • Sekiranya anda orang gaji domestik yang bekerja di rumah kediaman dan digaji oleh orang perseorangan (tuan rumah berkenaan), anda boleh memilih mencarum dengan mengemukakan notis pilihan mencarum melalui Borang KWSP 1 (MAJ). Satu salinan Borang KWSP 1 (MAJ) hendaklah dikemukakan kepada KWSP dan satu salinan lagi kepada majikan.
  • Sekiranya anda bekerja sendiri dan ingin mencarum secara sukarela, anda hendaklah mendaftar sebagai ahli KWSP terlebih dahulu dengan mengisi Borang KWSP 3. Bayaran hendaklah dibuat melalui Borang KWSP 6A(1). Amaun bayaran minimum caruman adalah RM50 dan tiada had maksimum berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Bukan warganegara Malaysia

  • Sekiranya anda pekerja bukan warganegara Malaysia yang diambil bekerja dan berada di Malaysia secara sah, anda boleh mengemukakan notis pilihan mencarum melalui Borang KWSP 16B dan mendaftar sebagai ahli KWSP melalui Borang KWSP 3. Satu salinan Borang KWSP 16B hendaklah dikemukakan kepada KWSP dan satu salinan lagi kepada majikan.

[Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jadual Pertama (Seksyen 2) Akta KWSP 1991]

*Sumber: www.kwsp.gov.my

Sunday 8 January 2012

Nak keluarkan duit KWSP terus ke akaun bank anda???

Pengkreditan Terus Ke Dalam Akaun Bank Ahli

Melalui kemudahan ini, KWSP dapat mempercepatkan pengeluaran simpanan kepada anda kerana bayaran tersebut dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda. Kemudahan ini lebih terjamin berbanding dengan bayaran menggunakan waran/cek.

Tambahan pula, anda tidak perlu menunggu sehingga cek ditunaikan bagi mendapatkan wang tersebut dan jika anda berada di luar kawasan, anda tidak perlu lagi membayar 0.03 peratus komisyen untuk cek luar.

Buat masa ini, kemudahan pembayaran ini boleh digunakan untuk pengeluaran seperti berikut :

Pengeluaran Mencapai Umur 50 Tahun
Pengeluaran Mencapai Umur 55 Tahun
Pengeluaran Membeli Rumah
Pengeluaran Kematian
Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran Pendidikan

*Sumber: http://www.kwsp.gov.my/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...