Tuesday 27 December 2011

Dividen dan Bonus ASB 2011 meningkat ke 8.8%

 

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011 berbanding 7.50 sen tahun lepas.

 

dividen ASB 2011


Seramai 7.3 juta pemegang saham, yang kini memegang lebih 95.9 bilion unit ASB, akan juga menerima bonus sebanyak 1.15 sen.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan ini melibatkan pembayaran sejumlah RM7.04 bilion dan bonus sebanyak RM628.29 juta.Hingga Khamis lalu, kata beliau, skim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion.

"Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, atau 56.9 peratus daripada pendapatan kasar, manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus," katanya pada satu taklimat media di sini Isnin.

Beliau berkata baki sebanyak 11.8 peratus, atau RM0.85 bilion diraih daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan-pelaburan lain.

Ahmad Sarji berkata pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelabur ASB masing-masing mulai 3 Januari tahun depan.
Semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 21 Dis, 2011 hingga 2 Januari, 2012, untuk mempermudah pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus, katanya.

Beliau berkata prestasi ASB dalam tahun 2011 memuaskan meskipun pada suku terakhir tahun ini, pasaran saham telah didagangkan dalam suasana tidak menentu kerana dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi AS dan krisis hutang di Eropah.
Sementara itu, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB akan memastikan ia bukan sahaja terus membayar dividen saban tahun malah juga menjana pertumbuhan bagi masa depan.

Mengenai pengambilalihan SP Setia Bhd, beliau berkata, PNB masih menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC).
"Kami telahpun mengemukakannya kepada SC dan kami sekarang menunggu kelulusannya," jelas beliau.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan lebih lanjut.

Mengenai perkembangan projek Menara Warisan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2011 tahun lepas, beliau berkata: "PNB telah mengemukakan arahan reka bentuk kepada 'pihak bandaraya' dan kami harap bila kami dapat kelulusannya, kami akan umumkannya."


-- BERNAMA

P/S:

Rasa-rasa cukup ke dgn 8.8% ini untuk menyediakan tabungan masa depan anda juga untuk mengatasi nilai duit kita yang makin mengecil akibat dari INFLASI. Andai kata kadar inflasi sekarang 4%, anda mendapat keuntungan dari simpanan ASB 8.8%, anda sebenarnya hanya mendapat untung sebenar 4.8%.

Bayangkan andai 10 tahun lagi, kadar inflasi meningkat, tapi simpanan anda atau duit anda mengecil dan makin mengecil.

Boleh ke dapat pulangan simpanan wang lebih dari ASB bagi?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...