Wednesday 6 April 2011

Boleh ke dapat pulangan simpanan wang lebih dari ASB bagi?

Sebelum ni Diyana pernah kongsikan pasal pulangan ASB…cukup ker? atau nak lebih lagi…kalau yang belum baca lagi….ringankan tangan >>>> KLIK SINI

 

Dalam jadual di bawah ni, anda boleh lihat pulangan ASB untuk simpanan selama

1 tahun,

3 tahun (tanda hijau),

5 tahun (tanda biru) dan juga

10 tahun (tanda kuning).

 

Juga anda boleh lihat pulangan ASB dari tarikh dilancarkan (since inception) seperti yang telah ditandakan merah.

 

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh yang tercatat pada jadual ini adalah setakat 31 Disember 2009.

Jadi, pulangan untuk 1 tahun tu bermaksud anda menyimpan dari tarikh 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009.

Jika 5 tahun pula bermaksud anda menyimpan dari 1 Januari 2005 hingga 31 Disember 2009. 

 

ASB return 

Sumber: Master Prospectus 2010 (30 Jun2010 – 29 Jun 2011) - ASNB. com.my

 

Diyana ingin memaklumkan bahawa terdapat tempat simpanan yang boleh memberi pulangan yang lebih tinggi dari ASB ni.

Jadi, sebagai seorang penasihat kewangan  Diyana memang nasihatkan untuk ‘diversify’ atau bahagikan pecahan wang simpanan anda. Jangan letak atau simpan dalam satu tabung jer…

 

Ibarat, kalau telur dalam satu bakul, kalau jatuh semuanya akan pecah…tapi kalau kita bahagikan telur dalam 2 atau 3 bakul, satu bakul pecah, ada lagi 2 bakul telur untuk kita.

 

 

Kalau nak dapatkan tempat simpanan yang memberikan pulangan yang lebih dari ASB, sila RUJUK SINI

 

Moga perkongsian pada kali ini mampu memberikan manfaat kepada semua.

Untuk sebarang keterangan lanjut, boleh hubungi saya.

 

Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor
CWA-A CIMB Principal Brand
email: diyanayaccob@gmail.com
website: solusikewangan.blogspot.com
h/p: 018-666 2437

 

Informasi: Saham Bank Rakyat dibuka untuk pembelian

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru terbaca dari blog kawan yang mana Saham Bank Rakyat yang menjadi kegemaran ramai telah dibuka semula untuk pembelian.

Ramai yang dah tahu bahawa saham Bank Rakyat memberikan pulangan atau dividen yang tinggi iaitu antara 10-15%. Tapi, dah lama juga saham bank rakyat ni ditutup sebab dah penuh.

 

Sumber gambar: Myvitrd

 

Kebiasaannya, dalam penjualan saham begini, sememangnya Sekuriti Malaysia akan membenarkan untuk jumlah saham tertentu, jadi bila dah penuh tak dapat la lagi nak jual saham tersebut seperti yang berlaku pada saham Bank Rakyat.

Jadi sekarang ni masanya untuk kita merebut peluang yang ada sebelum saham di habis dijual lagi.

Tapi setiap orang hanya dibenarkan membeli saham sebanyak RM 500 sahaja. Kalau nak beli lebih boleh memohon terlebih dahulu.

 

p/s: Untuk mereka yang inginkan simpanan yang ,memberikan pulangan 10-15 %, saham amanah CWA merupakan pilihan lain yang ada.Jadi, untuk dapatkan penerangan lanjut boleh hubungi saya.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...